Pemandu maut tersepit bawah treler terbalik

Pemandu maut tersepit bawah treler terbalik

Treler dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Keadaan lori yang terbalik di KM448.8 Lebuhraya Utara Selatan dekat Rawang awal pagi tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu maut akibat tersepit di bawah treler dipandunya dalam kemalangan di KM448.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dekat Rawang, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata,
treler dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

Katanya, sepasukan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.41 pagi tadi.

“Kami mengambil masa beberapa minit bagi mengeluarkan mangsa tersepit (di bawah kenderaan),” katanya menurut Harian Metro.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan,” katanya sambil menambah mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.