2 warga Bangladesh maut dihempap pikap terbalik

2 warga Bangladesh maut dihempap pikap terbalik

Polis berkata dua penumpang belakang dihempap pikap dan meninggal dunia di lokasi, manakala pemandu dan empat penumpang lain tidak cedera.

Keadaan pikap yang terbalik di Kampung Gahai, Lipis. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Dua lelaki warga Bangladesh maut dihempap pikap terbalik di Kampung Gahai, Lipis, semalam.

Ketua Polis Lipis, Ismail Man, berkata kejadian kira-kira 3:30 petang itu membabitkan sebuah pikap dipandu seorang lelaki tempatan yang membawa enam lelaki warga Bangladesh.

Ketika kejadian, katanya, kenderaan itu dalam perjalanan dari Ladang Agropolitan Gahai ke rumah kongsi pekerja ladang di Tanjung Gahai.

“Siasatan mendapati, ketika melalui laluan selekoh dan berbukit, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, dua penumpang belakang dihempap pikap dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu berusia 52 tahun dan empat penumpang lain tidak cedera.

Menurutnya, mangsa maut ialah pekerja ladang dikenali Md Shamim Reza, 24, dan Tuhin Ali, 26.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.