
Kejadian berlaku lewat Sabtu melibatkan sebuah kanu membawa 52 penumpang ketika dalam perjalanan dari bandar Adiyani di kawasan kerajaan tempatan Guri, negeri Jigawa, ke Garbi di kawasan kerajaan tempatan Nguru, negeri Yobe.
Seramai 13 penumpang berjaya diselamatkan, manakala laporan awal pihak berkuasa memaklumkan 14 lain masih hilang.
Setiausaha Eksekutif Agensi Pengurusan Kecemasan Yobe, Mohammed Goje, berkata kepada Anadolu bahawa mangsa dalam perjalanan menjalankan aktiviti menangkap ikan, pertanian, dan urusan perniagaan tempatan lain ketika kanu itu terbalik di pertengahan perjalanan.
“Agensi Pengurusan Kecemasan Yobe mengesahkan nahas kanu yang malang itu berlaku di sepanjang laluan perairan Nguru,” kata Goje. “Pasukan mencari dan menyelamat kami masih berusaha dengan kerjasama agensi keselamatan dan sukarelawan komuniti setempat untuk mengesan mereka yang hilang.”