Bayi 3 bulan meninggal dunia, pengasuh ditahan

Bayi 3 bulan meninggal dunia, pengasuh ditahan

Wanita berusia 31 tahun ditahan di kediamannya selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi perempuan itu.

Polis berkata wanita itu disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh sehingga membawa kepada kematian bayi berkenaan.
PETALING JAYA:
Polis menahan seorang wanita disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia, di sekitar Sungai Way, pada 9 Mei.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata wanita berumur 31 tahun itu ditahan di kediamannya di Petaling Jaya pada 5.30 petang, selepas polis menerima laporan daripada bapa bayi itu pada 3.56 petang hari kejadian.

“Siasatan diteruskan bagi mengetahui punca kematian bayi berkenaan, manakala suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai diambil keterangan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya dengan menelefon 03 79662222 bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.