
“Hanya hantu takut pada bayang-bayangnya sendiri,” katanya menurut Sinar Harian.
Jailani tidak menafikan dan mengiyakan dakwaan itu, sekali gus menguatkan lagi khabar angin mengatakan beliau adalah Adun Barisan Nasional (BN) yang bakal “disantuni” Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi dalam waktu terdekat susulan dakwaan akan menyertai PAS.
Sabtu lalu, media melaporkan seorang wakil rakyat BN bakal menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana beliau satu-satunya yang dilihat hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PN Melaka di Jasin Bistari.
Mac lalu, Jailani mendakwa Sulaiman Mohd Ali melepaskan jawatan ketua menteri Melaka atas “paksaan”, bukannya sebab lain, termasuk masalah kesihatan dan melancarkan pentadbiran.
Pada PRU14, Jailani bertanding di kerusi DUN Rembia atas tiket Pakatan Harapan, namun beliau kembali ke pangkuan Umno pada 2021 selepas meninggalkan parti itu pada 2016.
Beliau bersama beberapa Adun PH ketika itu, membuat keputusan menyertai kerajaan Melaka pimpinan PN, sekali gus menyebabkan kerajaan negeri diterajui PH tumbang.
Jailani kemudian menjadi wakil rakyat bebas selepas dilucutkan keahlian PKR.