Masalah teknikal, laluan RFID di Lebuhraya Sprint ditutup

Masalah teknikal, laluan RFID di Lebuhraya Sprint ditutup

Touch ‘n Go dalam kenyataan berkata pengguna bagi laluan berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go sebagai alternatif.

Keadaan trafik di Lebuhraya Sprint dilaporkan perlahan berikutan penutupan laluan RFID akibat masalah teknikal. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Laluan RFID di Lebuhraya Sprint ditutup sementara waktu berikutan masalah teknikal di Plaza Tol Pantai dan Plaza Tol Bukit Kiara pagi ini.

Touch ‘n Go dalam kenyataan berkata pengguna bagi laluan berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go sebagai alternatif.

Sementara itu, Litrak Group dalam catatan berasingan di Facebook memaklumkan semua lorong RFID di plaza tol berkenaan bagi kedua-dua arah ditutup.

“Trafik perlahan, sila guna lorong TnG,” kata syarikat konsesi lebuh raya itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.