
Menterinya, Nga Kor Ming, berkata tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap Ahli Parlimen itu kerana ia tindakan tidak bertanggungjawab untuk dilakukan mana-mana individu.
“Sumber air dari pili bomba digunakan bagi memadam kebakaran, bukan digunakan sebagai bekalan air untuk kegunaan seharian.
“Jika semua orang guna air pili bomba, jika berlaku kebakaran macam mana? Ini sebenarnya tidak patut berlaku,” katanya selepas merasmikan Program Larian Bersama Bomba anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini, malam tadi.
Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff yang didakwa menggunakan pam penyedut bagi mengambil air dari pili bomba untuk mengagihkan bekalan air kepada penduduk setempat berikutan beberapa kawasan di Parlimen itu menghadapi masalah bekalan air.
Pengguna Twitter membidas tindakan Siti Zailah yang dianggap tidak wajar.