Polis buru lelaki cabul wanita tepi jalan

Polis buru lelaki cabul wanita tepi jalan

Polis berkata mangsa mendakwa ketika berjalan di kawasan perumahan itu, tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang oleh suspek.

Tangkap layar rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita dicabul di tepi jalan Sea Park, Petaling Jaya.
PETALING JAYA:
Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki terbabit kes mencabul seorang wanita di tepi jalan di Sea Park, Jumaat lalu.

Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata laporan diterima daripada seorang wanita berusia 20 tahun pada 8.27 malam 28 April lalu.

“Wanita itu mendakwa ketika sedang berjalan di kawasan perumahan itu, tiba-tiba dia dipeluk dari arah belakang oleh suspek.

“Suspek berpakaian hitam dan memakai pelitup muka serta bertopi hitam itu kemudian melarikan diri,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya 03 7966 2222.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.