
Beliau berkata, dalam dunia siber dan serba moden ini, pelbagai bentuk fitnah mudah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di media sosial.
“Saya anggap itu sebagai fitnah walaupun saya tak nak menafikan benda itu betul atau tidak.
“Sebab pengalaman ini, ramai sudah dapat tahu dan rasanya sama sahaja. Jadi saya pun tahu dan lihat ini adalah permainan musuh-musuh politik,” katanya pada sidang media selepas membuat lawatan ke lokasi kematian ribuan ikan di Sungai Melaka.
Rauf yang juga ketua Umno Melaka berkata demikian sebagai mengulas dakwaan seorang exco negeri itu terbabit skandal seks dengan seorang wanita seperti tular di Facebook sejak semalam.
Menurutnya, beliau tahu asal usul kontroversi berkenaan selepas melihat dan meneliti perkara ditularkan itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
Beliau turut menyerahkan kepada anggota exco terbabit sama ada mahu membuat laporan polis atau tindakan yang difikirkan wajar.