
Ketua Polis Hulu Selangor, Ibrahim Husin, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kegiatan itu kira-kira 5.50 petang daripada seorang peniaga besi buruk yang mendakwa didatangi dua wanita berkenaan meminta sumbangan RM1,000 konon bagi pihak persatuan itu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota IPD Hulu Selangor berjaya menahan dua wanita berumur 23 dan 37 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, hasil penahanan polis merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi, enam buku resit, 15 keping dokumen, sembilan fail atas nama satu persatuan kebajikan, dua utas rantai perak serta wang tunai RM550.
“Kedua-duanya yang tidak memiliki rekod jenayah atau dadah dan negatif terhadap dadah kini direman untuk siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(3) Akta Pungutan Rumah ke Rumah dan di Jalan 1947,” katanya.