
Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozilah Salleh membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas alasan kesalahan jenayah tersebut dilakukan dalam satu transaksi yang sama iaitu melibatkan kesalahan, syarikat dan saksi-saksi serupa.
Rozilah menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes di hadapan Hakim Azura Alwi dan Suzana Hussain.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Maziah Mohaide manakala peguam Rajan Navaratnam yang mewakili tertuduh tidak membantah permohonan itu.
Pada 22 Feb lepas, Adam didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berkaitan projek Jana Wibawa.
Sementara itu di Kuala Lumpur, Adam didakwa di dua Mahkamah Sesyen pada 21 dan 28 Feb lepas atas dua pertuduhan rasuah dan satu pertuduhan meminta suapan berjumlah RM2 juta.