PPS dibuka di Kuala Muda

PPS dibuka di Kuala Muda

10 mangsa daripada enam keluarga berlindung di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah.

pps
Satu PPS dibuka di Kuala Muda berikutan hujan berlarutan. (Gambar Bernama)
ALOR SETAR:
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kuala Muda, Kedah berikutan hujan berlarutan sejak tengah malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan setakat ini, 10 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka 12 tengah hari tadi.

“Semua mangsa adalah dari Mukim Sungai Petani yang melibatkan penduduk dari Kampung Bukit Belah,” menurut kenyataan.

Laman web rasmi Public Infobanjir memaparkan dua sungai di Kedah melebihi tahap bahaya iaitu Sungai Jarak dekat Kulim dengan 5.33 meter (m) dan Sungai Titi Kerbau dekat Pendang (4.27m).

Sungai Pedu dekat Padang Terap melebihi tahap waspada (18.71m).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.