
Bagi sesetengah orang, rumah pertama mereka mungkin menjadi rumah yang kekal selama-lamanya.
Dan inilah cabarannya: bagaimana anda merancang untuk perkara tidak dijangka apabila kehidupan berubah dan keluarga juga semakin membesar?
Cue Rimbawan Residency, pembangunan terbaru oleh Protasco Development Sdn Bhd sedang dibentuk di De Centrum City di KL Selatan. Selain eksklusif untuk golongan profesional, lokasi yang mula membangun ini sesuai dengan kualiti premium kawasan terbabit.
Dengan empat blok kondominium 18 tingkat, setiap kediaman dilengkapi bilik berkembar dan hallway dengan susun atur unit tertentu digabungkan dengan ruang fleksibel boleh disesuaikan dari semasa ke semasa mengikut keperluan isi rumah yang membesar. Tidak kira sama ada anda ingin membesarkan keluarga atau mahukan fleksibiliti ruang boleh ubah, Rimbawan menyediakan pilihan pelan lantai yang fleksibel, merangkumi “transitional wall” untuk pilihan lebih sesuai.
Sebagai contoh, ruang makan boleh memuatkan tempat makan atau meja makan dengan selesa, dan masih boleh menyediakan ruang yang cukup untuk bergerak. Jika tidak, anda juga boleh mengubah ruang fleksibel itu menjadi ruang tamu atau ruang untuk bekerja dari rumah di waktu pasca pandemik ini. Bilik tidur atau ruang fleksibel boleh digunakan sebagai perpustakaan, bilik belajar, bilik pakaian.
Dengan “transitional wall”, unit yang ada boleh diluaskan untuk menjadikan sebuah bilik tidur utama dengan bilik almari pakaian atau bilik tidur kanak-kanak.
Direka untuk menjadi kediaman yang menekankan kesejahteraan penghuninya, setiap bahagian rumah menikmati manfaat daripada tingkap berketinggian penuh atau pintu gelongsor yang membolehkan cahaya semula jadi menembusi ruangan itu. Lebih bijak lagi apabila rekaan dengan pengudaraan silang menjadikan udara di persekitaran rumah lebih sihat dan mengurangkan kebergantungan terhadap penghawa dingin. Untuk melengkapkannya lagi, Rimbawan mempunyai tingkap tambahan pada unitnya untuk meningkatkan lagi kepentingan pengudaraan silang.
Hidup bersama alam
Matlamat reka bentuk lain adalah untuk menggabungkan alam semula jadi sebanyak mungkin.

“Kami mempunyai dua keutamaan dalam konsep rekaan,” kata Ho Peng Ming, prinsipal firma seni bina landskap, HODA yang memenangi pelbagai anugerah.
“Kami mahu memulihara hutan sedia ada sebagai sebahagian daripada ciri landskap kami dan menggabungkannya dalam kawasan kejiranan. Pada masa sama, reka bentuk juga penting untuk berteraskan penghuni, supaya semua orang boleh menikmati kemudahan disediakan tanpa mengira usia.”
Pereka bentuk bermula dengan menggabungkan taman atas bumbung untuk setiap blok.
Ruang umum ini boleh dijadikan sebagai taman bandar atau ruang ketenangan untuk penghuni. Selain itu, taman ini juga berfungsi untuk mengurangkan haba dari dalam.
Satu lagi pengalaman hidup yang unik ialah Escape Forest. Penduduk akan mempunyai akses eksklusif ke kawasan kehijauan yang tidak disentuh, dikelilingi pokok, pokok renek dan tumbuh-tumbuhan sesuai untuk berhubung dengan alam semula jadi. Di sini, seseorang boleh mencari ketenangan dengan elemen reka bentuk yang bijak untuk menggalakkan gaya hidup sihat.
Fikirkan denai hutan, laluan berjoging dan juga kawasan perkhemahan untuk keluarga dan kanak-kanak bermalam dengan aman dan selamat.
“Bahagian yang paling mencabar sepanjang reka bentuk adalah untuk memastikan penebangan pokok diminimumkan. Kami berjaya memastikan reka bentuk mengikut keadaan semula jadi kawasan ini,” jelas Ho.
“Ini dapat dilihat dengan jelas di sekeliling pembangunan. Di aras bawah, kawasan hijau wujud dalam bentuk taman berlandskap dan terawat dengan banyak ruang untuk berehat dan berkumpul dengan persekitaran semula jadi.
‘Syurga’ yang tenang
Reka bentuk seni binanya merangkumi pendekatan holistik dan seimbang untuk kehidupan bandar melalui pelbagai unsur jalinan memenuhi gaya hidup bahagia dan sihat.
Kemudahannya yang banyak, memberi fungsi dan elegan serta mewujudkan tempat tinggal untuk menaikkan semangat meraikan kebersamaan keluarga, komuniti dan integrasi kehidupan kerja yang sihat.
Kolam renang infiniti mempunyai suasana resort yang sejuk dengan dinding lut sinar yang rapi dan kerusi malas di kolam.
Di atasnya pula letaknya sebuah studio kecergasan dengan pelbagai pilihan peralatan gimnasium dan pemandangan kolam renang dan halaman.
Penghuni juga akan dapat menikmati kemudahan ruang makan peribadi untuk berkumpul dalam suasana intim. Terdapat juga ruang kerja bersama yang jelas menandakan peralihan kepada masa depan etos kehidupan kerja hibrid yang dinanti-nantikan.
Reka bentuk unik lain termasuk kawasan menurunkan penumpang yang bergaya untuk penghuni atau tetamu di pintu masuk besarnya dan kawasan khusus untuk perkhidmatan penghantaran atau kurier. Dek kemudahan direka untuk ditempatkan di atas podium tiga tingkat dan terletak di atas tempat letak kereta tiga tingkat.
Rumah pelbagai generasi masa depan
Rimbawan Residency mempunyai 504 unit kondominium dengan saiz antara 891 hingga 1,361 kaki persegi. Semua unit, tanpa mengira saiznya, mempunyai ruang foyer dan direka bentuk dengan susun atur banglo dan berkembar untuk memberikan privasi dan rasa eksklusif. Dengan hanya antara enam hingga lapan unit setiap tingkat serta empat lif untuk setiap blok, penyusunannya untuk suasana berkepadatan rendah menambah ruang dan rasa kemewahan.
Selain daripada luaran yang dicirikan oleh ruang serba boleh dan reka bentuk umum, unit terbesar juga mendapat manfaat daripada reka bentuk kunci fleksibel yang menawarkan kelebihan tersendiri. Ini akan menarik minat keluarga pelbagai generasi yang mencari privasi, atau pasangan muda yang ingin tinggal di satu ruang dan menyewakan ruang lain.
Dengan ruang tamu fleksibel yang banyak, unit ini membolehkan pemilik menjadi kreatif dengan cara bagaimana mereka membayangkan setiap bilik.
Pemaju telah melibatkan Veritas Design Group, sebuah firma seni bina antarabangsa yang memenangi pelbagai anugerah berpangkalan di Kuala Lumpur untuk menghasilkan reka bentuk Rimbawan Residency dengan penekanan Protasco pada pendekatan mesra rakyat dan kreativiti Veritas telah meningkatkan kualiti reka bentuk keseluruhan pembangunan diingini.
Arkitek kanan Veritas, Azlina Ismail, berkata semua unit bertujuan mengutamakan reka bentuk pasca pandemik, seperti kehidupan hibrid tertumpu pada ruang untuk bekerja dan hidup bersama.
“Reka bentuk itu ditetapkan untuk pelbagai generasi, di mana sekurang-kurangnya tiga generasi boleh hidup di bawah bumbung sama. Unit dwi atau tiga kunci boleh memenuhimkeperluan datuk dan nenek untuk tinggal bersama, namun mampu menikmati privasi mereka sendiri. Ini juga memberi kemudahan kepada orang dewasa, yang mahukan ruang mereka sendiri tanpa berpindah dari rumah keluarga,” katanya.
Reka bentuk kunci flexi adalah satu lagi reka bentuk pertama seumpamanya yang memberikan fleksibiliti kepada anda untuk memiliki kunci tunggal bagi reka bentuk empat bilik tidur yang luas atau kunci dwi dan sehingga tiga kunci untuk disesuaikan dengan kreativiti dan keperluan individu.

Selain kondominium, Rimbawan Residency juga mempunyai 13 vila eksklusif dengan keluasan kira-kira 3,980 kaki persegi. Terdiri daripada empat bilik tidur dan lima bilik mandi, setiap unit dilengkapi dengan landskap siap dan kolam peribadi, memberikannya rasa “retreat” yang tersendiri.
Digabungkan dengan kemudahan gaya hidup mewah ditawarkan Rimbawan Residency, vila ini benar-benar menjadi sebuah kediaman menakjubkan.
Anda perlu melihat unit pameran untuk menghargai usaha dicurahkan terhadap kecanggihan yang mempamerkan reka bentuk dan perancangan teliti bagi setiap ruang.