
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut selepas terperangkap dalam kebakaran tiga buah rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima makluman kejadian itu pada 2.44 pagi.
“Maklumat awal menyatakan seorang kanak-kanak terperangkap di dalam rumah.
“Kebakaran berjaya dikawal pada 3.30 pagi dan mangsa dijumpai dalam keadaan rentung pada 4.15 pagi,” katanya dalam kenyataan.
Mukhlis berkata operasi melibatkan pasukan Balai Bomba Teluk Panglima Garang, Banting dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.