
KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang baharu.
Setiausaha Polis Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan berkata pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 16 April ini.
Pelantikan Ayob Khan sebagai pengarah JSJ yang baharu bagi menggantikan Abd Jalil Hassan yang akan bersara wajib dalam tempoh terdekat ini.
Ayob Khan, 57, menjadi pengarah JSJN pada 25 Dis 2021 selepas menyandang jawatan ketua polis Johor pada 6 Mac 2020.
Beliau sebelum itu merupakan ketua penolong pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.