Bayar RM50 ‘peluk’ gadis, lelaki ditahan

Bayar RM50 ‘peluk’ gadis, lelaki ditahan

Suspek penjual surat khabar berusia 48 tahun itu ditahan semalam di sekitar Ampang Jaya.

Polis berkata suspek memegang badan mangsa, lengan kanan dan kiri serta memeluknya.
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga asing ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Suspek penjual surat khabar berusia 48 tahun itu ditahan semalam di sekitar Ampang Jaya.

Lelaki itu dikatakan memberi RM50 kepada mangsa selepas “memeluknya” dalam kejadian di Jalan Kampung Fajar, Disember lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata kejadian 7 pagi itu dipercayai berlaku apabila suspek ke rumah mangsa dan masuk ke biliknya.

“Suspek kemudian memegang badan mangsa, lengan kanan dan kiri serta memeluknya. Selepas itu, mangsa diberikan wang RM50 sebagai ganjaran,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.