
Beliau sepatutnya bersara Selasa lalu.
Isnin lalu, FMT melaporkan Razarudin mungkin dilanjutkan kontrak untuk membolehkannya menggantikan Acryl Sani Abdullah Sani.
Kontrak Acryl Sani sebagai KPN tamat pada Oktober.
“Adalah dimaklumkan seperti termaktub bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat perdana menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis memperkenan pelantikan secara kontrak selepas bersara Razarudin sebagai timbalan KPN bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 16 Mac 2023 hingga 15 Mac 2025,” kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan.
Razarudin, 60, memulakan tugas pada 1984 di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah sebagai pegawai penyiasat.
Beliau dilantik sebagai timbalan KPN pada Disember 2021.