
“Ramai (nelayan) di Muar, merintih dan kongsi pengalaman jikalau mereka dekat dengan pembangkang sukar untuk mendapatkan lesen dan ini berkali-kali berlaku tidak kira berapa kali tukar kerajaan, dekat sahaja terus kena cantas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Sehubungan itu, Syed Saddiq menggesa proses permohonan untuk mendapatkan lesen dibuat dengan baik dan telus tanpa mengira kecenderungan politik pemohon.
“Saya berharap akan ada sistem yang terbuka dan telus, mereka ada bot tetapi tidak dapat lesen….terpaksa operasi secara haram,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menyarankan kerajaan menubuhkan jawatankuasa agrotek yang dipimpin petani moden terdiri golongan muda.
Menurutnya, ini kerana sektor agrotek tidak boleh hanya menggunakan cara lama khususnya bagi memastikan pengeluaran lebih baik dengan kos lebih rendah.
“Cadangan adalah untuk pihak kementerian menubuhkan satu jawatankuasa agrotek yang kalau boleh dipimpin oleh ramai petani moden daripada golongan anak muda.
“Kita tidak boleh hanya menggunakan cara lama khususnya dalam agrotek, kita dapat memastikan bahawa pengeluaran itu lebih baik dengan kos lebih rendah,” katanya.