
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berpendapat sepatutnya peruntukan pembangkang tidak perlu dibincangkan kerana terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Bagi kami, Ahli Parlimen PN serah kepada ketua pembangkang dan ketua whip untuk bincang.
“(Tetapi) saya ingin nyatakan dalam manifesto PH tak ada keperluan mendesak kepada rundingan. Boleh diberikan terus kerana ia ada dalam manifesto,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Terdahulu, Anwar di Dewan Rakyat sekali lagi menyeru pembangkang berunding supaya isu peruntukan Ahli Parlimen boleh diselesaikan secepat mungkin.
Anwar bertegas tidak menolak prinsip memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti diberi kepada wakil rakyat kerajaan, namun sehingga hari ini beliau hanya berdepan permusuhan.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen PN mengkritik Belanjawan 2023 kerana didakwa tidak menyediakan peruntukan untuk wakil rakyat pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menepis kritikan PN, mengingatkan bahawa hanya pentadbiran Ismail Sabri Yaakob memberikan peruntukan sama rata kepada pembangkang, selepas pemerintah dan PH memeterai perjanjian persefahaman untuk memupuk kestabilan.