
Perkembangan ini menyusuli cadangan seorang perwakilan, Mardhiyyah Johari, berhubung penganjuran kursus undang-undang untuk pencipta kandungan kerana ramai pempengaruh PAS berdepan ancaman saman atau disiasat polis.
“Ramai pencipta kandungan digital yang membantu PAS menang dalam pilihan raya lalu kini sedang ditekan oleh pihak berkuasa. Mereka wajar dilindungi,” kata Fadhli pada muktamar ke-71 parti itu, di Alor Setar, Kedah.
Selain itu, Fadhli berkata akademi dicadangkan ini untuk melahirkan ramai pencipta kandungan bagi membantu parti memenangi pilihan raya.
Tambahnya, pempengaruh akan membantu PAS menonjolkan isu-isu tempatan, termasuk berkenaan jalan dan parit, yang sering dibangkitkan pihak lawan, terutama di negeri-negeri yang diterajui PAS.
Pada 2022, Adun Batu Buruk, Khalil Abdul Hadi, berkata kempen media sosial PAS melalui TikTok membantu parti itu memenangi 49 kerusi pada PRU15.
Katanya, analisis menunjukkan kebanyakan pengundi muda dan pengundi Melayu mendapatkan maklumat langsung daripada platform media sosial.