Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang sungai

Lelaki dikhuatiri lemas, rakan terkandas di seberang sungai

Bomba berkata kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.

Bomba menjalankan operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Gombak. (Gambar Facebook Bomba)
KUALA LUMPUR:
Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi manakala rakannya terselamat namun masih terkandas di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.57 petang sebelum menggerakkan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang yang tiba di lokasi kejadian pada 7.30 malam.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa berusia lingkungan 20 tahun mandi ketika kejadian sebelum dibawa arus deras susulan hujan lebat.

“Seorang daripada mangsa ditemukan terkandas di seberang sungai berkeluasan 20m dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas juga turut dilancarkan,” menurutnya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.