
Harian Metro melaporkan keputusan itu dibuat Hakim N Kanageswari selepas Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khairiah Abdul Razak memaklumkan laporan perubatan dan bedah siasat belum lengkap.
Sebelum ini, media melaporkan dua beradik berusia enam dan lapan tahun lemas selepas kereta dinaiki mereka bersama bapa serta seorang wanita menjunam ke Sungai Linggi.
Difahamkan, ketika kejadian, kereta itu diparkir di tebing sungai dan enjin dimatikan, manakala bapa mangsa keluar merokok sebentar.
Tertuduh Abdul Rahman Mahmud pada 12 Sept lalu mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan menyebabkan kematian dua beradik itu kira-kira 11.45 pagi 4 Sept di muara Sungai Linggi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat membunuh yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda.