Hussein Omar dilantik ketua polis Selangor baharu

Hussein Omar dilantik ketua polis Selangor baharu

Beliau menggantikan S Sasikala Devi yang memangku jawatan itu selepas Arjunaidi Mohamed bersara wajib mulai 2 Jan lalu.

Pelantikan Hussein Omar Khan berkuat kuasa 13 Mac ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Bukit Aman mengumumkan Hussein Omar Khan dilantik ketua polis Selangor baharu mulai 13 Mac ini.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu akan menggantikan S Sasikala Devi yang memangku jawatan itu selepas Arjunaidi Mohamed bersara wajib mulai 2 Jan lalu.

Arjunaidi berkhidmat dengan pasukan polis selama 35 tahun.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.