
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan itu dibuat selepas pihaknya menerima 21 laporan polis daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantah penganjuran program itu.
“Susulan laporan itu satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan menurut Sinar Harian.
Katanya, polis juga mengesan hantaran di media sosial berkaitan penganjuran program itu yang dipercayai akan diadakan di lokasi yang masih belum dikenal pasti di Petaling Jaya.
“Program ini dilihat jelas melampaui sensitiviti rakyat serta menyalahi undang-undang negara yang tidak menyokong sebarang bentuk amalan LGBT di Malaysia.
“Sehubungan itu, masyarakat dan mana-mana individu lain diingatkan untuk tidak menyertai program tersebut,” katanya.
Menurutnya, polis juga akan terus memantau perkembangan ini dan mengambil tindakan sewajarnya untuk memastikan ketenteraman awam dan undang-undang dipatuhi.
Rabu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar penganjur yang berhasrat meraikan ‘Pride Month’ bulan depan supaya menghentikan hasrat mereka.
Na’im menegaskan kerajaan menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya songsang seperti LGBTQ sama ada secara halus atau terbuka.
Beliau berkata demikian mengulas program bertemakan ‘Pride Care: Queer Stories & Sexual Health Awareness’ didakwa mahu dianjurkan sayap sebuah parti politik, pada 21 Jun ini, yang tular di media sosial.