
Hussein berkata, suspek berusia pertengahan 30-an dikenali ‘Ah Boy’ terbabit kes peras ugut, samun, pecah rumah dan juga mencuri sebuah motosikal selepas kejadian tembakan itu.
“Suspek bergerak ke Melaka, Banting, dan Sabak Bernam, sebelum bermalam di sebuah hotel di Pulau Ketam.
“Suspek dipercayai melakukan 15 jenayah. Sembilan sebelum kes tembakan di Setia City Mall dan lima selepas kejadian itu,” katanya dalam sidang media di jeti Pulau Ketam.
Katanya, mayat suspek dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat.
Hussein berkata, identiti suspek dan jenayah dilakukannya akan didedahkan polis selepas proses bedah siasat.
Mengulas kejadian tembakan di Setia City Mall itu, Hussein berkata polis tidak menolak suspek merancang untuk merompak sebuah kedai di pusat beli-belah berkenaan.
Dalam kejadian pada 8 Feb, suspek melepaskan beberapa tembakan sehingga mencederakan seorang tukang cuci.
Suspek juga mengacukan pistol miliknya kepada orang awam sebelum melarikan diri.