
Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata mangsa berusia 55 tahun dari Maran, mendakwa pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran pada 13 Jan.
“Mangsa mendakwa suspek mengaitkan dirinya dengan kegiatan pengedaran barang larangan dan kes penggubahan wang haram yang telah menjadi kes polis.
“Dia kemudian dihubungi suspek kedua yang menyamar sebagai pegawai polis yang turut meminta maklumat perbankan mangsa kononnya bagi tujuan siasatan,” katanya dalam kenyataan.
Ramli berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas semakan di bank mendapati terdapat 16 transaksi pemindahan wang secara dalam talian dilakukan tanpa pengetahuannya.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di IPD Maran, semalam.
Ramli menasihatkan orang awam tidak cemas apabila menerima panggilan yang kononnya dari pihak berkuasa dan tidak mendedahkan maklumat peribadi serta perbankan kepada pihak ketiga.
“Pihak penguat kuasa tidak menjalankan sebarang siasatan menerusi panggilan telefon dan orang awam dinasihatkan untuk sentiasa menyemak dengan polis atau bank jika menerima panggilan seupamanya,” katanya.