Lebih 100kg ganja ditemukan di tepi jalan

Lebih 100kg ganja ditemukan di tepi jalan

Polis memberitahu dadah seberat 102kg bernilai RM257,000 ditemui ditinggalkan di tepi jalan menghala ke Tol Plaza Gemuruh di Kuala Terengganu.

Polis percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu ‘snapcheck’ oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas. (Gambar PDRM)
KUALA TERENGGANU:
Pasukan penguatkuasa trafik yang menjalankan tugas ‘Snapcheck’ menemukan dadah jenis ganja seberat 102.83 kilogram dianggarkan bernilai lebih RM257,000 yang ditinggalkan di tepi jalan di kawasan Kampung Bukit Jong menghala ke Tol Plaza Gemuruh, di sini, Ahad Lalu.

Ketua Polis Terengganu Rohaimi Md Isa berkata empat anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu yang menjalankan ‘Snapcheck’ bermula 2.30 pagi hingga 4 pagi menemui dadah berkenaan.

“Semasa membuat rondaan di susur masuk menghala ke Plaza Tol Gemuruh dari arah Kuala Terengganu menuju Ke Kuantan, anggota tersebut telah menemui lima bungkusan plastik hitam dalam keadaan mencurigakan di atas tanah di tepi penghadang jalan.

“Hasil pemeriksaan mendapati setiap satu plastik hitam mengandungi 101 bungkus ketulan mampat tumbuhan kering yang disyaki dadah jenis ganja,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Rohaimi berkata beliau percaya dadah berkenaan ditinggalkan oleh suspek di tepi jalan sementara menunggu ‘snapcheck’ oleh polis trafik yang bertugas di kawasan berkenaan menamatkan tugas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.