2 warga asing ditahan bersama pistol, peluru, dadah

2 warga asing ditahan bersama pistol, peluru, dadah

Sepucuk Revolver 0.38 ditemukan di pinggang seluar seorang suspek serta 21 butir peluru disembunyikan di dalam anak patung.

Polis tahan dua lelaki masing-masing berusia 39 serta 53 tahun dalam serbuan bengkel kontena di Perai.
PETALING JAYA:
Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas sepucuk pistol, peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai awal pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah Helmi Aris berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu bengkel itu pada 1 pagi dan menahan dua lelaki masing-masing berusia 39 serta 53 tahun.

Pemeriksaan lanjut menemukan sepucuk Revolver 0.38 yang disembunyikan di pinggang seluar seorang suspek serta 21 butir peluru yang disembunyikan di dalam anak patung.

“Polis turut merampas methamphetamine sebanyak 931.43g, ganja (126g) dan 10 biji pil eramin 5 yang disembunyikan di dalam sebuah kenderaan serta pelbagai peralatan menghisap dadah dan sebuah Nissan Almera,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.

Helmi berkata, dua lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Dis ini bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.