Budak maut dipercayai didera, ada kesan dicucuh besi panas termasuk di kemaluan

Budak maut dipercayai didera, ada kesan dicucuh besi panas termasuk di kemaluan

Mangsa berusia 4 tahun itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di ICU Hospital Sultan Ismail (HSI) dipercayai mangsa dera melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat, berkata hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki mengalami kecederaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) Jumaat lalu merupakan mangsa dera melibatkan ahli keluarganya sendiri.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa kecederaan terhadap mangsa antaranya kesan dicucuh besi panas, kesan dipukul di seluruh badan mangsa termasuk di kemaluan.

“Saya baharu keluar daripada bilik mayat bagi melihat secara ringkas keadaan jenazah dan ia memang amat mendukacitakan.

“Hampir seluruh badan mangsa, dari kepala sampai ke kaki terdapat kecederaan. Kesan-kesan cedera ini mungkin dipukul dan terdapat juga kesan dicucuh api atau benda panas di seluruh badan termasuk kemaluan,” katanya menurut laporan Kosmo.

Media sebelum ini melaporkan, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mana ibu bapanya sedang menjalani hukuman penjara maut dipercayai didera lima individu, dalam kejadian di Senggarang, Batu Pahat.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu, polis menahan lima warga tempatan berusia 15 hingga 37 tahun, pada malam Sabtu susulan menerima laporan dari seorang lelaki berusia 23 tahun.

Pengadu memaklumkan mangsa pengsan di rumahnya dan dibawa ke klinik untuk rawatan, pada 6.45 petang, pada Jumaat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.