
Kementerian Pertahanan memaklumkan di Facebook bahawa seorang pegawai dan 30 anggota Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD) diatur gerak setiap enam jam ke lokasi kejadian bagi membantu operasi.
Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat memaklumkan di Facebook bahawa pergerakan anggota dan asetnya bermula semalam selain bekerjasama dengan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor seperti bomba, polis, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.
Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.
Setakat 9 malam tadi, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu.