
Perkembangan ini ketika panglima tentera darat itu diarahkan bercuti bagi membolehkan siasatan pihak berkuasa dijalankan terhadap dakwaan yang dilaporkan melibatkan beliau.
Hafizuddeain menggalas jawatan panglima tentera darat sejak Sept 2023.
“Segala langkah yang dilaksanakan ini bertujuan menjunjung kedaulatan undang-undang serta memelihara integriti Angkatan Tentera Malaysia, sambil memastikan tugas mempertahankan kedaulatan negara terus dilaksanakan dengan berkesan,” kata Menteri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan.
Perkembangan ini menyusuli laporan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjalankan siasatan membabitkan perolehan tentera darat.
Tugas panglima angkatan tentera ketika ini dilaksanakan oleh panglima tentera laut, Zulhelmy Ithnain, sejak 27 Dis.
Panglima angkatan tentera terdahulu adalah Mohd Nizam Jaffar, yang menggalas jawatan dari 31 Jan hingga 27 Dis.
Dalam pada itu, Kementah mengumumkan pelantikan Azhan Md Othman sebagai panglima tentera darat baharu, berkuat kuasa esok.
Pelantikan ketua staf Markas Angkatan Tentera Malaysia itu selaras keputusan mesyuarat Majlis Angkatan Tentera pada 19 Nov.
“Pelantikan ini… diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 1 Dis,” kata Khaled.