
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, enam akaun bank tersebut dipegang oleh suspek dan ahli keluarganya, lapor Bernama.
SPRM memulakan siasatan ke atas dakwaan tersebut pada Selasa lepas, menumpukan pada projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat, menurut sumber.
Sumber hari ini memaklumkan SPRM sedang menyiasat kira-kira 40 syarikat yang disyaki terlibat dalam pemberian wang rasuah.
SPRM dijangka akan memperluas siasatan termasuk meneliti aliran kewangan, proses perolehan projek serta kaitan individu dan syarikat terlibat.
Sementara itu, sumber memaklumkan SPRM menggeledah pejabat tentera darat di Kementerian Pertahanan serta di kediaman rasmi suspek pada 27 Dis lepas.
SPRM dikatakan menyita beberapa barangan mewah termasuk jam tangan dan beg tangan yang dipercayai berkait dengan siasatan.
Dalam pada itu, SPRM belum dapat merakam keterangan suspek kerana dia dikejarkan ke hospital pada Ahad dan dimasukkan ke unit rawatan rapi, menurut sumber.
SPRM turut dikatakan telah merakam keterangan lima pemilik syarikat, dengan 10 saksi lagi dipanggil bagi membantu siasatan SPRM.
Khamis lepas, dilaporkan bahawa semakan awal SPRM berhubung perolehan projek tentera darat mendapati beberapa buah syarikat kerap memperoleh projek dengan nilai tinggi.