
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, berkata penggunaan kamera badan diyakini dapat memperkasa tahap integriti, profesionalisme serta ketelusan ketika berurusan, selain melindungi kepentingan semua pihak.
“Penggunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM untuk memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan kerajaan meluluskan peruntukan RM30 juta bagi menyegerakan perolehan kamera badan untuk kegunaan polis.
Ketika ini, proses perolehan sedang dilaksanakan dan beliau berharap tiada sebarang masalah untuk mendapatkan kamera badan itu.