Jangkitan harian Covid-19 meningkat 3,537 kes, 8 kematian

Jangkitan harian Covid-19 meningkat 3,537 kes, 8 kematian

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 3,530 kes penularan tempatan manakala tujuh kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,975,473 kes dan 36,628 kematian.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 3,537 kes dengan lapan kematian semalam, berbanding 2,516 kes kelmarin.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 3,530 kes penularan tempatan manakala tujuh kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,975,473 kes dan 36,628 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,213 kes aktif Covid-19, termasuk 101 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 61 daripada memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,978 orang atau 7.3 % menerima rawatan di hospital.

Seramai 3,319 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.