
Menurut, laman sesawang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 2 pagi, Pakatan Harapan (PH) dan DAP Sarawak memenangi 66 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) dan PAS memperoleh 62 kerusi.
Barisan Nasional (BN) memenangi 28 kerusi, Gabungan Parti Sarawak memperoleh 22 kerusi manakala Gabungan Rakyat Sabah mendapat enam kerusi.
Warisan memenangi tiga kerusi, Muda dan PBM masing-masing memperoleh satu kerusi manakala dua calon bebas juga menang.
Keputusan baki kerusi lain belum secara rasmi diumumkan.
Jumlah kerusi Parlimen di Dewan Rakyat adalah 222. Untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan, mesti memperoleh 112 kerusi.