
PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Perlis susulan hampir “menyapu” bersih dengan menang 14 daripada 15 kerusi ditandingi, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh.
Beliau berkata, kerajaan negeri dibentuk selepas PN berjaya mendapat lebih majoriti.
“Bagi keseluruahn pengundian sehingga jam 2 pagi, PN menang 14 kerusi daripada 15 kerusi diperuntukan…berjaya suatu majoriti 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya pada sidang media.
Katanya, jumlah keluar mengundi di Perlis adalah 76.94%