PH mahu menang majoriti mudah, elak Parlimen tergantung, tegas Anwar

PH mahu menang majoriti mudah, elak Parlimen tergantung, tegas Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim berkata jika berlaku situasi Parlimen tergantung, ada kemungkinan kembali berlaku aktiviti tawar menawar.

Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) perlu mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan tunggal.
TAMBUN:
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim bertegas untuk mengelakkan situasi Parlimen tergantung selepas keputusan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diumumkan.

Justeru beliau yang juga calon Parlimen Tambun, berkata gabungan itu perlu mendapatkan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan tunggal.

“Kita telah jelaskan kepada rakyat, kepada pengundi jika berlakunya Parlimen tergantung, ada kemungkinan kembali berlaku aktiviti tawar menawar, perkara ini kita hendak halang.

“Tidak sepatutnya ada ‘ultimatum’ (kata dua) kes mahkamah, jawatan atau kontrak sebab kita berpegang kepada prinsip tadbir urus yang baik, jadi kita harap dapat capai majoriti besar,” katanya ketika ditemui selepas meninjau proses mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Manjoi 2, Tambun.

Selain itu, Anwar berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi – 42% setakat jam 12 tengah hari tadi.

Anwar yang juga pengerusi PH bertembung empat penjuru di Tambun dengan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu, Aminuddin Md Hanafiah (BN) dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang).

Parlimen Tambun mempunyai 155,802 pengundi berdaftar iaitu paling ramai di Perak dengan 37 daerah mengundi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.