
Pengarah Operasi PRU15 PDRM, Hazani Ghazali berkata, lima kertas siasatan di Kedah, Johor (empat), Pahang (empat), Sabah (tiga), Selangor (tiga), Kuala Lumpur (dua), Kelantan (dua), manakala Sarawak, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang masing-masing satu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman itu berkata, polis turut menahan seorang wanita di Kota Setar, Kedah kerana disyaki mencabut bendera parti yang dipasang di atas jambatan Alor Semadom.
Selain itu, polis turut mengeluarkan 1,907 permit ceramah PRU15 semalam, katanya dalam kenyataan.
Ia melibatkan 312 permit di Sabah, Sarawak (271), Perak (188), Johor (172), Kedah (149), Kelantan (147), Selangor (142), Terengganu (141), Pahang (126), Negeri Sembilan (90), Melaka (67), Pulau Pinang (48), Perlis (28) dan Kuala Lumpur (26).