Polis tahan lelaki bergaduh selepas kemalangan

Polis tahan lelaki bergaduh selepas kemalangan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata, kejadian dipercayai berlaku selepas suspek memandu melawan arus dan melanggar kereta dipandu seorang wanita.

Sedutan video menunjukkan pergaduhan yang berlaku selepas kemalangan di Jalan Raja Musa Aziz, Ipoh. (Gambar Facebook)
IPOH:
Seorang lelaki warga tempatan yang tular menerusi rakaman video ‘pergaduhan’ di Jalan Raja Musa Aziz di sini semalam selepas terlibat dalam insiden kemalangan, ditahan hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Yahaya Hassan berkata lelaki berumur 47 tahun itu, ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 12.10 petang.

“Kita telah menerima dua laporan polis mengenai pergaduhan dan kemalangan jalan raya dan kita siasat kedua-dua kes ini mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan tahanan reman bagi siasatan lanjut kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tular sebuah tular klip video pergaduhan di aplikasi WhatsApp bergaduh di jalan raya berhampiran Dewan Badminton Tan Sri Lee Loy Seng, sekitar jam enam petang.

Yahaya berkata siasatan awal polis mendapati suspek yang memandu kereta jenis Honda City, memandu di laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan jenis Toyota Camry yang dipandu wanita tempatan berumur 52 tahun.

“Ketika kejadian salah seorang saksi kejadian telah tampil bagi membantu wanita terbabit, dan pada masa menegur suspek kerana mengakibatkan kemalangan tersebut, sebelum suspek kemudian menyerang orang awam seperti yang tular semalam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.