Motosikal bertembung lori, pemandu positif ganja

Motosikal bertembung lori, pemandu positif ganja

Seorang lelaki maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah lori.

Hanyan Ramlan
Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, kata kemalangan membabitkan lori dan motosikal semalam disiasat ikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan. (Gambar Facebook)
SUNGAI PETANI:
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Permatang Gedong, semalam.

Ketua Polis Kuala Muda, Hanyan Ramlan, berkata pihaknya menerima makluman kejadian pada 9 malam. Mangsa iaitu Muhammad Asri Mohd Nazri, 32, disahkan meninggal dunia pada 6.45 pagi tadi di Hospital Sultan Abdul Halim.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada 8.30 malam semasa pemandu lori jenis Hino dalam perjalanan dari arah Taman Sejati ke tempat kerja.

“Semasa membelok ke kanan, motosikal ditunggang mangsa datang dari arah bertentangan bertembung bahagian tayar belakang sisi kiri lori,” menurut kenyataan.

Asri merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal.

Siasatan juga mendapati pemandu lori berusia 53 tahun itu positif dadah jenis ganja. Polis akan mendapatkan perintah tahanan reman esok.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan memandu bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.