
Calon Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam itu berkata beliau lebih selesa untuk berdialog dengan masyarakat setempat daripada berdebat.
Tambahnya lagi, berdialog dengan kepimpinan di peringkat kampung dan daerah lebih bermanfaat dan berpandangan langkah itu lebih sesuai di musim pilihan raya ini.
“Saya rasa orang Simpang Renggam pun dah tidak berminat nak dengar (debat terbuka),” katanya ketika ditemui selepas mengadakan walkabout bertemu pengundi di Taman Desa Sejahtera.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung pelawaan debat daripada Maszlee semalam.
Maszlee yang juga bekas penyandang kerusi Parlimen Simpang Renggam mendakwa, cadangannya itu disambut baik oleh semua calon-calon ketika mereka bertemu di Dewan Muafakat, Majlis Daerah Simpang Renggam ketika penamaan calon pagi semalam.
Bagi tujuan itu juga, Maszlee turut berharap agar ada pihak yang sudi menyediakan platform supaya debat itu dapat diadakan secara langsung.
Dalam pada itu, Hasni yang juga ADUN Benut menegaskan, pihaknya sudah biasa mengadakan sesi ‘townhall’ dan perjumpaan dengan pentadbiran di peringkat daerah bagi mendengar permasalahan yang dihadapi.
“Berdebat hanyalah untuk keperluan lain. Jadi, saya rasa tidak ada keperluan untuk PRU ini, tidak perlu,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan Maszlee yang mengatakan beliau bersetuju untuk menyertai debat tersebut, Hasni berkata, perbualannya dengan Maszlee berhubung itu adalah dalam masa yang singkat dan tidak berfikir mengenai perkara itu.
“Setuju itu sebelum ini dalam bentuk macam mana. Dia bertanya ‘Datuk kita nak berdebat’.
“Tetapi tidak perlu dalam waktu berkempen ini,” katanya.