2 bertengkar tak puas hati upah pasang bendera parti

2 bertengkar tak puas hati upah pasang bendera parti

Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Polis berkata mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri membuat laporan selepas suspek mengugut mahu pulang mengambil parang di rumah.
PETALING JAYA:
Kekecohan berlaku di Triang, Bera semalam berhubung upah memasang bendera parti untuk kempen pilihan raya umum ke-15.

Ketua Polis Pahang, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata dua individu bertengkar di bilik mesyuarat parti di Triang pada 1.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati kejadian berpunca daripada isu pemasangan bendera parti, yang mana pemasang bendera diugut oleh seorang lagi lelaki.

“Suspek mengugut ingin pulang ke rumahnya mengambil parang selepas tidak berpuas hati dengan mangsa.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa tampil membuat laporan polis semalam,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.