Ezam tanding Parlimen PJ atas tiket PRM

Ezam tanding Parlimen PJ atas tiket PRM

Bekas pemimpin PKR itu antara sembilan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang akan bertanding pada PRU15.

Ezam Mohd Nor sebelum ini berkata beliau mahu bertanding atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM) di Selangor, bukan di Langkawi. (Gambar Bernama)
PELABUHAN KLANG:
Bekas pemimpin PKR Mohamad Ezam Mohd Nor antara sembilan bakal calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bertanding di Selangor pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PRM Ahmad Jufliz Faiza mengumumkan Mohamad Ezam akan bertanding di Parlimen Petaling Jaya.

Sementara itu, Ahmad Jufliz yang juga seorang peguam mengesahkan beliau akan bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

“PRM di Selangor akan bertanding di sembilan kerusi Parlimen masing-masing di Kuala Selangor, Bangi, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Kapar, Klang, Kota Raja, Kuala Langat dan Sepang.

“Kami juga akan menghantar masing-masing satu calon bertanding di kerusi Parlimen Batu (Kuala Lumpur) dan Batu Pahat (Johor),” katanya kepada pemberita pada Majlis Pengenalan Calon-Calon Parlimen Selangor, Johor dan Kuala Lumpur di sini malam ini.

Diminta mengulas kriteria calon yang dipilih, Ahmad Jufliz berkata pihaknya tidak meletakkan sebarang kriteria sebaliknya mengutamakan individu yang sanggup berkhidmat untuk rakyat.

Berikut adalah senarai calon PRM bagi PRU15 di Selangor, Johor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:

  • Kuala Selangor – R Loganathan
  • Bangi – Chee Chee Meng
  • Petaling Jaya – Mohamad Ezam Mohd Nor
  • Sungai Buloh – Ahmad Jufliz Faiza
  • Kapar – W. Jeichandran
  • Klang – S. Chandrasegar
  • Kota Raja – Sarah Afiqah Zainol Arif
  • Kuala Langat – M Ganeskumar
  • Sepang – R. Nageswaran
  • Batu – Mohd Zulkifli Abdul Fattah
  • Batu Pahat – Zahari Osman

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.