4 pemimpin PAS didekati supaya bertanding atas tiket BN, kata sumber

4 pemimpin PAS didekati supaya bertanding atas tiket BN, kata sumber

Sumber berkata empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket BN, atas dasar mengekalkan 'semangat Muafakat Nasional'.

Keempat-empat pemimpin PAS itu dicadang bertanding atas tiket BN atas agi kekalkan semangat Muafakat Nasional
PETALING JAYA:
Empat pemimpin PAS didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional pada PRU15, menurut sumber.

Mereka dicadang bertanding di empat kerusi Parlimen, iaitu Pengkalan Chepa dan Tumpat di Kelantan, Shah Alam di Selangor, dan Indera Mahkota di Pahang.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, cadangan dibuat atas dasar mengekalkan ‘semangat Muafakat Nasional’.

“…kerusi itu juga dikira sebagai kerusi Muafakat Nasional,” katanya kepada FMT.

Perkembangan ini menyusuli khabar angin membabitkan beberapa pemimpin PAS yang dikatakan tidak akan bertanding pada PRU15.

FMT sedang mendapatkan komen empat pemimpin PAS itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.