
“Saya tak tahu di mana punca dan sumber menulis begitu. Saya fikir elok tanya orang atau kumpulan itu, saya belum terniat melakukan sedemikian,” kata Zahid kepada pemberita, seusai pelancaran jentera Barisan Nasional di Hulu Terengganu petang tadi.
Zahid menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995. Terdahulu, media melaporkan Zahid tidak akan bertanding pada PRU15 kerana didakwa tidak mahu pembangkang menggunakan “isu yang menyelubunginya” semasa berkempen.
Pegawainya berkongsi dengan FMT tangkap layar laporan itu dengan lebal “palsu” padanya.
Sementara itu, Zahid memaklumkan BN akan memuktamadkan senarai calon PRU15 dalam tiga hingga lima hari sebelum hari penamaan, iaitu pada 5 Nov.
Beliau berkata 70% calon yang akan diangkat terdiri daripada ‘muka baharu’ – pendekatan yang ternyata berjaya pada PRN Melaka dan Johor yang menyaksikan kemenangan BN.
“Di Melaka kita kemuka 84% di Johor 72% muka baharu dan ternyata pengundi mahu muka baharu dan BN beri semangat baharu,” katanya.