
KLK Land bukanlah satu nama asing dalam industri hartanah tanah air. Terbaharu, peneraju pemaju hartanah ini memperkenalkan Caledonia yang mempamerkan seni bina bercirikan tropika di dalam suasana yang serba moden.
Kehidupan lestari bermula di sini

Selain memiliki kediaman yang kondusif, kebanyakan pembeli kediaman hari ini turut mendambakan sebuah kediaman yang memiliki persekitaran serba hijau. Dalam masa yang sama dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan serba moden.
Di Caledonia, inilah ciri-ciri yang boleh dinikmati oleh para komunitinya. Dengan pelan pembangunan terancang yang dibangunkan di atas sebidang tanah berkeluasan 202 ekar di Ijok, anda mampu menikmati pemandangan alam semula jadi meskipun berada di tengah-tengah bandar.
Ia bukan sekadar menjanjikan persekitaran kediaman yang mengasyikkan. Malah dengan pembinaan landskap yang terancang, perbandaran ini turut menjadikan kehidupan anda lebih ceria.
Strategik Untuk Ber’OOTD’
Tidak perlu pergi jauh untuk mengabadikan foto-foto memukau kerana semuanya ada di sekeliling anda. Binaan tamannya serba indah boleh menghasilkan hantaran gambar yang sangat menarik untuk dikongsi pengikut Instagram mahupun Facebook anda.
Sebuah binaan kincir angin yang dikelilingi oleh batas bunga berwarna-warni di tengah-tengah taman di perbandaran ini, bakal menjadi mercu tanda ikonik buat para penduduk di Caledonia.
Antara keistimewaan lain yang boleh menjadi titik nilai tambah mengapa anda perlu memiliki kediaman ini ialah, setiap unit kediaman di Caledonia dibina dengan pemanas air berkuasa solar bagi menyumbang kepada pembangunan lestari yang mapan di samping menjimatkan kos elektrik.
Malah, setiap kediaman di sini juga turut dilengkapi dengan utiliti bawah tanah dan semua saliran disembunyikan bagi mengekalkan dekorasi luaran yang sangat cantik dan bersih.
Memenuhi keperluan penduduk moden
Ayana adalah perbandaran sulung yang dilancarkan di Caledonia. KLK Land komited untuk membina kediaman yang mampu memenuhi setiap kehendak para pembeli hartanah masa kini.
Lantaran itu, hanya 10 unit kediaman dibina pada setiap ekar. Alangkah bahagianya, kerana pemilik hartanah ini boleh memiliki ruang privasi yang cukup luas sambil menikmati rasa tenang dikelilingi dengan bunyi-bunyian alam semula jadi yang mendamaikan.
Bayangkan, anda memiliki sebuah ruang yang cukup selesa untuk melakukan hobi bersenam atau sesi yoga secara lebih privasi dan dalam masa yang sama anda masih mampu mengekalkan persekitaran kejiranan yang ideal.

Sebagai pemaju hartanah yang memahami keperluan semua, sistem akses keselamatan berbilang peringkat yang tersedia menjadikan penghuninya rasa lebih tenang dan selamat apabila berada di kediaman masing-masing.
Malah, para penduduk juga tidak perlu berasa bimbang, kerana persekitaran kediaman ini akan sentiasa dikawal ketat oleh pengawal keselamatan berserta pagar perimeter.
Selain itu, Ayana adalah residen berpagar dan dikawal dengan pos keselamatan tambahan bagi memeriksa setiap kenderaan yang keluar masuk di perbandaran ini.
Dengan kemudahan pemasangan internet yang mudah dan cepat, setiap unit kediaman di Ayana telah dilengkapi dengan sambungan Unifi gentian optik. Litar kuasa tiga fasanya juga membolehkan bekalan kuasa yang lebih cekap dan mencukupi untuk setiap unit kediaman. Memang itulah yang diidam-idamkan oleh setiap pemilik kediaman moden masa kini.
Jaringan perhubungan strategik
Perbandaran yang terletak di Jalan Kuala Selangor ini, membolehkan penduduk Caledonia menikmati akses mudah ke Lebuhraya LATAR, Lebuhraya Koridor Guthrie, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
Terletak di antara Bandar Seri Coalfield dan Ijok, menjadikannya sebuah pelaburan hartanah sangat menguntungkan kerana sangat memudahkan para penduduknya menikmati akses berhampiran seperti kedai serbaneka, sekolah, restoran dan sebagainya.
Kediaman yang ideal
KLK Land menjemput anda untuk melihat sendiri dengan lebih dekat unit pameran yang telah siap dibina sepenuhnya bagi menikmati pengalaman Ayana yang sebenar.

Terdapat dua jenis rumah pameran yang sedang menanti kunjungan anda.
Salah satu daripadanya memperlihatkan suasana moden tropika dengan konsep terbuka. Penghuni bakal menikmati pancaran cahaya matahari semula jadi yang menyinar terus menerusi tingkap kediaman. Didirikan dalam rona hangat yang serba indah untuk meningkatkan rasa kemesraan dan keselesaan penghuninya.
Bagi anda yang gemarkan gaya kediaman kontemporari, anda boleh melihat dengan lebih dekat unit pameran yang kedua.
Ayana adalah kediaman kejiranan pertama yang dilancarkan di Caledonia dan ia mempamerkan empat susun atur kediaman yang berbeza. Ia terdiri daripada unit yang memiliki tiga hingga empat bilik tidur yang berkeluasan dari 1,507 hingga 2,094 kaki persegi.
Jenis A dan B sesuai untuk pasangan muda atau mempunyai bilangan keluarga yang kecil. Manakala jenis C dan D pula sesuai untuk mereka yang memiliki jumlah keluarga yang lebih besar atau individu yang gemarkan ruang lebih luas.
Klik di sini sekiranya anda ingin kami hubungi. Atau anda boleh terus berkunjung ke ‘Show Villages’ yang kini telah sedia untuk dikunjungi. Anda juga boleh hubungi atau WhatsApp di talian:017-637 3770 untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut. Selain itu, Waze “Caledonia Sales Office” bagi tujuan navigasi.
jQuery(document).ready(function(){
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
const interval = setInterval(function() {
jQuery(“[id*=’div-gpt-ad-‘],iframe[width|=1]”).remove();
}, 3000);
})