Pemimpin Umno tiba di WTC, Ahmad enggan dedah agenda mesyuarat

Pemimpin Umno tiba di WTC, Ahmad enggan dedah agenda mesyuarat

Memetik sumber pertemuan hari ini merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Perdana menteri yang juga naib presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob serta beberapa pemimpin utama Umno tiba di Pusat Dagangan Dunia (WTC) bagi menghadiri perjumpaan khas terbesar dan terakhir menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kelihatan ceria ketika tiba pada perjumpaan khas dengan semua ketua bahagian termasuk sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Himpunan terbesar Umno ini dibuat selepas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini.

Dilihat memasuki secara bersama ke dalam dewan adalah Presiden Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan dan Naib Presiden Khaled Nordin.

Ismail kelihatan memasuki dewan bersama Naib Presiden Mahdzir Khalid.

Semalam, memetik sumber pertemuan hari ini merupakan himpunan terbesar dan terakhir Umno sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU15.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata enggan mendedahkan agenda mesyuarat bersama 191 ketua bahagian hari ini.

“Selepas mereka berucap barulah saya tahu,” katanya sambil ketawa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.