Hentikan bercakap pasal PRU, selesaikan masalah telur, gesa Ahli Parlimen

Hentikan bercakap pasal PRU, selesaikan masalah telur, gesa Ahli Parlimen

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata kerajaan gagal memastikan bekalan makanan mencukupi.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin berkata beliau mendapati telur habis dijual menjelang tengah hari di pasar basah dilawatinya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa pemimpin kerajaan untuk menumpukan perhatian menyelesaikan masalah kekurangan telur di pasaran daripada bercakap mengenai pilihan raya umum akan datang.

Sim berkata, beliau mendapati telur habis dijual menjelang tengah hari ketika melawat pasar basah.

“Saya menyeru menteri dalam Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi jangan asyik memikirkan pilihan raya. Mereka harus segera memanggil mesyuarat dan mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan bekalan telur ini,” katanya di Facebook.

Beliau berkata, pembekal telah memaklumkan, mereka mengalami kekurangan telur sebanyak 30 hingga 40%.

Katanya, kekurangan telur menunjukkan kerajaan gagal memastikan bekalan makanan mencukupi, katanya sambil menegaskan telur adalah sumber makanan protein paling murah.

Sim berkata, terdapat beberapa faktor berlaku kekurangan itu, antaranya subsidi dibayar rendah kepada penternak ayam, dan ketidakupayaan kerajaan untuk membantu penternak yang menghadapi kesukaran.

“Kerajaan menetapkan harga siling telur pintu ladang (ex-farm) pada 37 sen. Kos pengeluaran sebiji telur adalah 43 sen dan subsidi kerajaan hanya tiga sen.

“Penternak rugi tiga sen setiap biji telur maka, mereka penternak terpaksa mengurangkan bekalan untuk mengurangkan kerugian,” katanya.

Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi gagal memperuntukkan subsidi yang sesuai untuk petani, katanya.

Sim mendakwa, 80 ladang ayam telah menghentikan operasi kerana kerajaan gagal membantu mereka mengekalkan perniagaan.

“Dalam keadaan kekurangan bekalan, kerajaan seharusnya cuba menyelamatkan ladang-ladang ayam supaya bekalan tidak terjejas. Kerajaan gagal menyelamatkan ladang-ladang tersebut jadi tiada penternak, tiada makanan,” katanya.

Katanya, kegagalan fungsi Jawatankuasa Jihad Memerangi Inflasi menetapkan harga siling, memperuntukan kewangan subsidi dan penyaluran subsidi dengan efisien kepada penternak.

“Apabila bekalan makanan rendah, kerajaan harus mencari jalan untuk melindungi ladang ini bagi memastikan ia tidak terjejas secara negatif, tetapi kerajaan gagal menyelamatkan perniagaan mereka,” katanya.

Pada Julai lalu, persatuan penternak telah meminta kerajaan memberikan subsidi lapan sen bagi setiap telur ayam untuk membantu mengekalkan perniagaan penternakan telur dan memastikan keselamatan makanan negara.

Sejak 1 Julai lalu, kerajaan menetapkan harga siling pada 45 sen setiap telur ayam Gred A, 43 sen untuk Gred B dan 41 sen untuk Gred C.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.