Cikgu rugi RM340,000 diperdaya sindiket penipuan

Cikgu rugi RM340,000 diperdaya sindiket penipuan

Wanita berusia 42 tahun terima panggilan daripada suspek dengan mendakwa mangsa terlibat kes pengubahan wang haram dan perlu sedia wang ikat jamin.

Suspek arah mangsa buka akaun bank baharu dan menukar nombor telefon berdaftar sebelum membuat pinjaman peribadi berjumlah lebih RM280,000 selain menggadaikan barang kemas.
KUANTAN:
Seorang guru wanita kerugian RM340,500 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu menyamar wakil insurans, pegawai polis dan pendakwa raya.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata wanita berusia 42 tahun menerima satu panggilan pada 27 April lalu daripada suspek dengan mendakwa mangsa terlibat kes pengubahan wang haram serta perlu menyediakan wang ikat jamin.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa membuka akaun bank baharu dan menukar nombor telefon berdaftar sebelum membuat pinjaman peribadi berjumlah lebih RM280,000 selain menggadaikan barang kemas.

“Antara 15 Julai hingga 15 Sept, mangsa membuat 13 transaksi pemindahan wang ke lapan akaun berbeza melibatkan RM117,000,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Yahaya berkata semakan penyata bank semalam mendapati terdapat 24 transaksi tidak sah bernilai RM223,500 daripada akaun simpanan mangsa dipercayai dilakukan sindiket selepas memperoleh akses.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.