
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Armizan Ali berkata MyCC juga tiada menerima sebarang aduan melibatkan perusahaan yang menyalahgunakan kedudukan dalam pengedaran barangan asas.
Armizan menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN–Sik) tentang tindakan terhadap monopoli rantaian pengedaran barang keperluan asas seperti gula, telur dan minyak masak, yang menurutnya menyebabkan harga tidak menurun walau subsidi diberikan.
“Sehingga kini, MyCC tiada menerima sebarang aduan melibatkan perusahaan yang menyalahgunakan kedudukannya dalam pengedaran barangan asas seperti gula, telur dan minyak masak,” katanya dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.
“Pemantauan berterusan oleh MyCC juga mendapati tiada kewujudan satu entiti yang memonopoli keseluruhan rantaian bekalan mana-mana barangan tersebut.”
Dalam pada itu, Armizan berkata MyCC mengalu-alukan aduan atau maklumat jika mengesan mana-mana pihak menyalahgunakan kedudukan dominan atau monopolinya terutama dalam pasaran gula, telur dan minyak masak.